Gambaran keseluruhan aplikasi
Sesetengah aplikasi mungkin tidak dimasukkan pada peranti anda atau tidak disokong oleh
semua rangkaian atau pembekal perkhidmatan di semua kawasan.
Gunakan aplikasi Album untuk mengurus, melihat dan menyunting foto dan
video anda.
Semak imbas, cari dan beli beribu-ribu produk terus dari peranti anda.
Lindungi peranti anda daripada virus, perisian hasad, perisian pengintip, cubaan
memancing data dan eksploitasi dalam talian.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk menjalankan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejaki acara dan menguruskan janji temu
anda.
Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
Gunakan penyemak imbas web Chrome untuk menavigasi dan melihat laman
web, menguruskan penanda buku, teks dan imej.
Gunakan aplikasi Jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera dan pemasa.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk menguruskan nombor telefon, alamat e-mel dan
maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.
Cipta, sunting dan bekerjasama dengan orang lain pada dokumen.
Akses aplikasi, dokumen dan gambar anda yang dimuat turun.
Simpan dokumen dan fail anda untuk akses mudah dari sebarang peranti,
kongsikannya dengan rakan-rakan anda dan berkolaborasi dengan rakan
sekerja.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui kedua-
dua akaun peribadi dan tempat kerja.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk perangkaian sosial dengan rakan, ahli
keluarga dan rakan sekerja di seluruh dunia.
Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan mengatur mesej e-mel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Gunakan aplikasi Hangouts™ untuk bersembang dengan rakan dalam talian.
Gunakan aplikasi Lifelog untuk melog peristiwa tentang kehidupan harian anda
secara automatik. Contohnya, anda boleh menetapkan matlamat dan menjejaki
kemajuan anda untuk mencapainya atau menanda buku detik istimewa.
Nikmati muzik, filem, aplikasi dan permainan pada peranti anda dan dapatkan
akses eksklusif ke kandungan unik yang tersedia hanya dengan peranti Xperia™.
Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan rancang laluan menggunakan
Google Maps™.
Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan
multimedia.
36
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Xperia™ Movie Creator mencipta kolaj video pendek menggunakan koleksi foto
dan video sedia ada secara automatik.
Gunakan aplikasi Muzik untuk mengatur dan memainkan muzik dan buku audio.
Lihat kisah berita daripada News Suite.
Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau
menggunakan fungsi dail pintar.
Atur, cari atau semak imbas menerusi semua foto dan video anda.
Gunakan aplikasi Filem & TV Google Play untuk menonton filem dan rancangan
TV yang dibeli atau disewa di Google Play.
Temui dan main beribu-ribu lagu dengan aplikasi Muzik Google Play.
Gunakan aplikasi Play Store™ bagi mencari aplikasi untuk membeli atau memuat
turun secara percuma.
Kekal bersambung dengan rakan permainan anda dan permainan yang anda
suka main, membeli-belah di PlayStation®Store dan banyak lagi.
Optimumkan tetapan untuk disesuaikan dengan keperluan anda sendiri.
Cipta, sunting dan bekerjasama dengan orang lain pada hamparan.
Gunakan aplikasi Lakaran untuk mencipta dan meneroka imej, kemudian
kongsikannya bersama rakan-rakan anda.
Cipta, sunting dan bekerjasama dengan orang lain pada pembentangan.
Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna pada peranti
anda. Sebagai contoh, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat
penyelesaian masalah, serta petua dan teknik.
Gunakan aplikasi Video untuk memainkan video pada peranti anda dan
berkongsi kandungan dengan rakan anda.
Cari kandungan di web menggunakan suara anda.
Gunakan aplikasi Cuaca untuk melihat ramalan cuaca.
Gunakan aplikasi What's New untuk menemui permainan, aplikasi dan
kandungan media baharu.
Gunakan YouTube™ untuk menonton video daripada pengguna seluruh dunia
dan berkongsi video anda sendiri.
37
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.